Intai - Intai Kraftangan 'Felt'

Alhamdulillah...selesai sudah Program Expert Workshop HiasRias -Kraftangan 'Felt'.Bengkel ini telah berlangsung pada 11Jun 2012 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat JKKR Felda Gunung Besout 1.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kalangan GPW dan Beliawanis telah menyertai bengkel ini.Pakar jemputan iaitu Pn.Norliza bt Samingon telah memberi tunjuk ajar bagaimana caranya membuat kraftangan 'felt' ini.Rata - rata para peserta begitu teruja untuk mempelajari dan seterusnya mempraktiskan ilmu baru ini.Hasilnya kesemua peserta telah berjaya menyiapkan 4 tugasan yang diberikan iaitu membuat klip rambut berbentuk hati, kerongsang bunga ros, cekak rambut bunga ros dan juga key chain berbentuk lebah .

Kemeriahan bengkel ini juga ditambah dengan para peserta yang begitu sporting  dan  juga celotah Pn.norliza yang menghiburkan.Antara tujuan utama bengkel expert workshop ini adalah untukk menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dalam aktiviti seharian dan meningkatkan literasi ICT di kalangan kumpulan sasaran.Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan & mengekalkan hubungan antara PJK dengan masyarakat setempat.Diharap bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.Sekalung tahniah juga kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini !





Pakar jemputan - Pn.Norliza sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta.

Mohd Redzuan pun berminat tau untuk belajar kraftangan 'Felt' ini...

Antara hasil kraftangan 'Felt' dari para peserta...dan sudah boleh digayakan!


Mak Ngah yang sporting...comel kan..=)

~xoxo~