Tips & Petua

Tips memilih doorgift/ wedding favor..
(http://sayamahukawin.blogspot.com/2010/03/tips-mencari-doorgift.html)

1. Makanan atau cenderamata 
Haruslah tentukan kamu nak bagi apa.. makanan or barangan atau kedua-duanya sekali. Kalau nak bagi makanan, kebiasaanya dari jenis pencuci mulut & tahan lama. Kalau nak bagi barangan, biarlah yang cantik & boleh disimpan lama sebagai hiasan atau boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

2. Budget
Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam semua hal termasuklah bab doorgift ini.

3. Kumpulan sasaran
Memang perlu ada kumpulan sasaran.. mungkin kamu bercadang untuk membuat beberapa kategori doorgift mengikut kumpulan sasaran.. paling biasa, untuk dewasa, kanak-kanak atau mungkin untuk VVIP, VIP, dan rombongan sebelah

Tapi adalah disarankan supaya memberi sama jenis bagi mengelakkan tetamu berasa kecil hati & wujud double standard. Pemilihan jenis doorgift harus mengikut kumpulan sasaran *merujuk kepada siapa tetamu yg hadir*.

Contohnya jika kamu berhajat memberikan senaskah surah Yaasin berserta Tahlil, maka kamu harus pastikan bahawa tetamu kamu terdiri dari yang beragama Islam. Kalau jemputan kamu terdiri dari bukan Islam, maka pemilihan doorgift kamu sudah tidak menepati kumpulan sasaran.. harus cari alternative lain bagi tetamu bukan Islam & pastinya ini berbalik & bergantung kepada perkara no. 2 tadi iaitu budget..

4. Vendors/ source
Bila dah tetapkan jenis barangan atau makanan yang dikehendaki, maka langkah seterusnya adalah mencari vendors/ source bagi mendapatkan barangan tersebut. Bagi yang gigih, mungkin boleh buat sendiri dari A sampai Z, Kalau yang buat sendiri tuh bolehlah tambah sikit2 & mencantikkannya lagi.

Senaraikan beberapa vendors yang membuat produk yang sama seperti yang kamu inginkan & bandingkan harga untuk mendapatkan budget yang terbaik.

5. Praktikal
Fikirkan tentang practicality jenis doorgift kamu.. contohnya jika kamu memilih majlis dgn RSVP/registration yang semua tetamu telah ditetapkan table & seating, maka adalah praktikal jika kamu memilih doorgift yg cantik dihias disetiap meja seperti ini :


Contoh doorgift diambil dari blog Anillutaze

gambar dari sini

gambar dari gogle images

Bila cantik di display macam ni, ia dah jadi sebahagian dari table decoration.. mungkin sebagai ganti kepada centerpiece kan?

Tetapi jika majlis kamu adalah berdasarkan free seating & buffet, eloklah memilih doorgift yang berpenutup & senang dipegang. Lebi-lebih lagi jika doorgift itu diletakkan dimeja buffet & tetamu ambil sewaktu ambil nasi sekali..kan susah kalau tak berpenutup..tergolek2 pulak isi dalam bekas doorgift kamu tu.